Who Are We?

Assalamualaikum and Good Day to all of you readers.

Who Are We? We are the PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) of Hulu Selangor Science School, situated near Batang Kali and Ulu Yam. We are guided by three counselors that is Encik Fauzhi bin Saip, Encik Shahidin bin Abdul Rashid and also Puan Sarimah binti Abdul Wahab. We stand by form 3, 4 and also form 5 and we prefer to express our ideas in our own way. Readers, IDEA is just whatever is before the mind when one thinks. The capacity to create and understand IDEAS is considered to be one of the wonders in HUMANS. And yes Dear Readers, we are referring to YOU, and also US. We express our ideas in many types of languages, photos, musics and so on. We hope that responds and also ideas from YOU will help us discuss or talk an issue for a better living. We also hope that this world will always be in peace as we stand by the term 'Love And Care'. Support us for the sake of PEACE!

Sincerely,
PRS SEMASHUR.

Picture Of The Week.

Picture Of The Week.
SMOKING KILLS.

Monday 19 September 2011

Standing Tall.

SEKOLAH Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) terletak di Hulu Yam Bharu, Batang Kali, Selangor dibuka secara rasminya pada 16 Jun 2000 dengan kawasan seluas 60 ekar.

Sekolah ini diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 9 April 2009 dengan tiga bidang kebitaraan iaitu Ragbi, Matematik dan Unit Beruniform Kawad Kaki.

Pengetua Cemerlang sekolah, Rafiei Mustapa berkata,
sekolah ini telah berjaya merakamkan banyak kejayaan dan kecemerlangan terutamanya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.

"Dalam bidang akademik, sekolah ini telah tiga kali mendapat tempat pertama pencapaian terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) di kalangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh negara.

"Sekolah ini merangkul gelaran sekolah terbaik dalam pencapaian PMR pada 2005, 2008 dan terbaru 2010 serta merupakan antara lima sekolah terbaik dalam PMR seluruh negara setiap tahun," katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Jelas beliau, peratus tertinggi pencapaian pelajar sekolah ini yang mendapat keputusan semua A dalam PMR ialah pada tahun lalu iaitu sebanyak 90.41 peratus di mana seramai 132 dari 146 calon mendapat semua A.

"Pada 2008 pula, seramai 134 dari 153 pelajar sekolah ini mendapat semua A dalam PMR atau peratusan pencapaian sebanyak 87.58 peratus," ujarnya yang mula berkhidmat di sekolah ini sejak Februari 2009.

Bagi pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula katanya, kedudukan sekolah masih belum mencapai sasaran 80 peratus keputusan semua A dalam peperiksaan tersebut namun terdapat peningkatan pada setiap tahun.

"Keputusan keseluruhan pelajar-pelajar sentiasa meningkat setiap tahun dari kedudukan 27 terbaik pada 2006 sehingga ke kedudukan 13 terbaik pada 2009 (keputusan bagi 2010 masih belum dikeluarkan)," tambah beliau.

Sehingga kini, sekolah mempunyai jumlah pelajar seramai 810 orang yang menuntut di tingkatan satu hingga lima dan bilangan guru seramai 65 orang serta dibantu oleh 22 pekerja sokongan.

Sekolah ini hanya menawarkan aliran Sains Tulen dengan menyediakan sebanyak 25 buah kelas atau lima buah kelas untuk setiap tingkatan.

Menurut Rafiei, kejayaan sekolah dalam bidang akademik tidak datang bergolek. Ia disertai usaha gigih guru, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah yang telah banyak menyediakan keperluan serta kemudahan dari pelbagai aspek bagi memantapkan minda pelajar.
"Antara rahsia kejayaan Semashur bagi pencapaian membanggakan dalam PMR adalah dengan mewujudkan Program Kecemerlangan PMR sejak awal penubuhan sekolah ini lagi.

"Terdapat sebanyak 16 program kecemerlangan yang diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk memberikan peluang pembelajaran terbaik serta aktiviti tambahan bagi memantapkan penguasaan akademik para pelajar.

"Ia termasuklah Interaksi Akademik, Kelas Tambahan, Program Gerak Gempur, Mentor Mentee, Program Perfect Score (Score A), Bengkel Teknik Menjawab Soalan, Klinik Mata Pelajaran, Talian Hayat, Kursus Motivasi (Jati Diri), Perkampungan Ilmu, Jadual Anjal, Program Rehat Minda, Majlis Restu Ilmu, Program Pertukaran Soalan, Program Menggilap Mutiara dan Solat Hajat," terang beliau.

Katanya lagi, kesemua program ini mempunyai pengisian yang amat berguna untuk memantapkan kemahiran dan kefahaman pelajar selain membina keyakinan serta mampu mengisi jiwa pelajar dengan nilai kerohanian yang diperlukan.

"Sejak diperkenalkan, program ini memang memberi impak dan kesan kepada pelajar dan hasilnya juga amat membanggakan," ujarnya.

Selain itu beliau memberitahu, komitmen guru dan sokongan kuat daripada pihak ibu bapa juga banyak memainkan peranan dalam memastikan kejayaan program ini.

"Pihak sekolah turut mewujudkan Pengarah Kecemerlangan PMR dan SPM bagi memastikan kecemerlangan akademik di sekolah dapat dikekalkan serta dipertingkatkan dari tahun ke tahun," tambahnya.

Rafiei berkata, faktor lain yang menyumbang kepada kejayaan sekolah adalah budaya kerohanian yang diamalkan oleh para pelajar itu sendiri seperti mengadakan solat hajat hampir setiap hari, solat berjemaah dan bacaan al-Quran.

"Budaya ini dilihat mampu membantu memantapkan sahsiah pelajar selain mengurangkan berlakunya masalah disiplin di kalangan mereka.

"Apabila masalah disiplin dapat diminimumkan, guru dan para pelajar dapat memberikan perhatian yang penuh terhadap usaha pemantapan akademik," terangnya.

Tambah beliau lagi, sekolah turut memperkenalkan dasar wajib beriadah pada 2009 bagi setiap pelajar selama satu jam setiap hari bagi memastikan pelajar sentiasa cergas dari segi fizikal serta cerdas mental.

"Program yang diperkenalkan oleh sekolah ini juga selari dengan matlamat kerajaan dalam memperkenalkan program Satu Murid Satu Sukan (1M1S) tahun lalu," ujar beliau.

Katanya lagi, sekolah turut memperkenalkan penggunaan buku log Gerak Minda Semashur (Gems) bagi setiap pelajarnya untuk menunjukkan tahap pencapaian atau kelemahan mereka dalam apa-apa tajuk bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari dalam kelas.

"Ini amat berkesan bagi pihak guru untuk mengenalpasti kelemahan pelajar seterusnya memberi panduan dan tumpuan yang lebih kepada tajuk-tajuk tertentu semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)," beliau memberitahu.

Sementara itu terangnya, Semashur juga tidak kurang hebatnya dalam bidang sukan terutamanya ragbi sehingga menjadikan sukan itu sebagai bidang kebitaraan sekolah.

"Pelbagai kejayaan yang membanggakan telah berjaya dicapai oleh pasukan ragbi sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan juga peringkat antarabangsa.

"Antara pencapaian terbaik pasukan rugbi sekolah yang lebih dikenali sebagai Zaelord Semashur itu ialah menjadi johan pada pertandingan Cross Straits Antarabangsa Malaysia-Singapura Bawah 14, johan BRC International Open Bawah 14 dan mewakili negara ke Kejohanan DHL BLRFC International Junior 10 di Bangkok, Thailand," terangnya.

Katanya lagi, Semashur turut terpilih menjadi sekolah penanda aras bagi negeri Selangor.

"Sekolah ini pernah menerima lawatan dari guru dan pelajar sekolah Bandung, Indonesia serta Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemecheh, Negeri Sembilan.

"Tahun ini pula, sekolah akan menerima lawatan dari beberapa buah SBP dari seluruh negara serta semua sekolah menengah di sekitar kawasan Hulu Selangor," katanya lagi.

Sebagai sebuah SBP beliau berharap agar pihak sekolah akan dapat mencapai sasaran untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 80 peratus pelajar yang mendapat keputusan semua A dalam peperiksaan PMR dan SPM.

"Walaupun pencapaian dalam PMR telah berjaya mencapai sasaran ini hampir setiap tahun namun pihak sekolah perlu terus menggandakan usaha untuk memperbaiki pencapaian dalam keputusan SPM.

"Diharapkan agar segala program yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak sekolah akan terus menghasilkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum serta dapat membentuk sahsiah pelajar yang mantap seterusnya mampu mewarisi kepimpinan negara di masa hadapan," jelas beliau.


Pencapaian SMS Hulu Selangor Sepanjang 2010

Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa

1. Johan - Ragbi Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) Selangor Bawah 15 (B15)
2. Johan - Ragbi Majlis MSS Selangor Bawah 18 (B18)
3. Johan - SEMSAS 7's Kebangsaan B15
4. Johan - SEMSAS 7's Kebangsaan B18
5. Johan - Cross Straits Antarabangsa Malaysia Singapura Bawah 14 (B14)
6. Johan - KGV's 10's Kebangsaan B14
7. Johan - BRC International Open B14
8. Johan - Bangkok Rugby 10's International B18
9. Johan - International Rugby Match B17 vs Hong Kong National Team B17
10. Johan - Semashur Zaelord International Rugby 10's B14
11. Johan - Semashur Zaelord International Rugby 10's B18
12. Johan Bersama - International Rugby Match B14 vs Andrew Secondary School, Singapore
13. Johan - International Rugby Match B18 vs St. Dunstan's School London, England 
14. Johan - International Rugby Match B18 vs Mier Ysgol Gyfun, Wales
15. Johan - Bola Keranjang SBP Lelaki
16. Johan - Karate Cup 2010
17. Johan - Catur National Women Masters
18. Johan - Bola Keranjang Terbuka Universiti Putra Malaysia (UPM) Piala Timb. Menteri Pengajian Tinggi.
19. Johan Tokoh Nilam Lelaki - Kem Nilam Peringkat Selangor
20. Johan - Jemputan Catur Cabaran Malaysia-Singapura
21. Johan - National Wu Do Championship
22. Memenangi lima Anugerah dalam Kejohanan F1 in Schools Technology Challenge 2010 Kebangsaan

1 comment: